Sunday, October 12, 2014

Mampukah Vitamin C mengubah hidup anda ?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Kesayangan,

Siapa suka makan buah oren ni? Sedapnya kalau dapat buat jus. Masam-masam manis rasanya. Kebiasaannya berapa biji korang semua makan buah oren ni dalam sehari? Pernah tak makan 7 1/2 biji buah oren tiap-tiap hari? Allahuakbar... memang kembung perut kalau nak makan 7 1/2 biji setiap hari semata-mata nak dapatkan khasiat dalam buah oren ni. Tapi jangan risau, shaklee ada penyelesaiannya iaitu Sustained Release Vitamin C. Kandungannya cukup untuk menampung keperluan tubuh badan kita. Jom kenali Vitamin C shaklee ini untuk kecantikan luaran dan dalaman. Hidup anda akan bertukar menjadi lebih ceria apabila sihat luar dan dalam .

Tekanan Darah Tinggi Sebelum dan Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Kesayangan,

Hai semua. Entry kali ini saya ingin mengupas sedikit mengenai Tekanan Darah tinggi di kalangan ibu-ibu mengandung. Sesetengah daripada kalian mesti mendapat penyakit ini semasa hamil kan? dan ada sesetengahnya pula memang sediaada mempunyai masalah ini. Jom saya terangkan dengan lebih lanjut mengenai masalah tekanan darah tinggi ini. Semoga info ini dapat membantu anda memahami apa itu tekanan darah tinggi dan cara mengatasinya.



Adakah GLA shaklee sama dengan Evening Primrose Oil?

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Kesayangan semua,


Ramai pelanggan-pelanggan saya bertanya adakah GLA shaklee ini sama seperti Evening Primrose Oil (EPO). Baiklah , entry kali ini saya akan menerangkan perbezaan dua supplements ini dan apa kelebihan GLA Shaklee.

EPO diperbuat daripada sejenis bunga bernama English Primrose. Telah digunakan sekian lama untuk menyelesaikan masalah wanita dan sakit sendi. Hinggakan nama EPO disalahgunakan sebagai nutrien seperti DHA, EPA dan sebagainya. Sebenarnya ianya adalah minyak dari bunga english primrose.

bunga primrose

Nak cantik ? minum ESP. nak sihat? minum ESP

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kesayangan ,

Sebelum tu tolong tekan sini boleh? ---> Ubat Gigi



Protein dan peranannya kepada tubuh badan kita.

PROTEIN merupakan makanan bagi sel-sel yang membentuk organ dan tisu dalam badan dan merupakan komponen utama kepada hormon manusia. Setiap dari kita memerlukan protein bagi tujuan berikut.

1 – Pertumbuhan

16% tubuh badan manusia terdiri daripada protein. Kulit, rambut, organ-organ, otot, semuanya terdiri daripada protein (semuanya mengandungi DNA, dan dalam DNA ada protein). Saban hari, ada sahaja sel-sel kita yang mati, dan kematian tersebut haruslah digantikan dengan kelahiran. Badan memerlukan amino asid (komponen asas protein) untuk membina kembali otot-otot dan sel-sel kita yang lain.

Saturday, October 11, 2014

Cantik dan Sihat dengan Bawang Putih

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kesayangan semua,

Sebelum tu tolong tekan sini dulu tau ---> Ubat Gigi


Siapa suka makan bawang putih? Mesti ramai yang tak suka kan? kerana bawang putih mempunyai bau yang kurang enak. Betul tak? Tahukah kalian semua bawang putih ini sangat bagus untuk kesihatan dan kecantikan. Untuk pengetahuan semua juga, pakar nutrisi mengatakan bahawa kulit orang Korea sangat cantik kerana mereka mengamalkan pemakanan bawang putih.
Nak cantik tapi tak sanggup nak telan satu-satu bawang putih mentah? Tak perlu risau kerana SHAKLEE mempunyai penyelesaiannya iaitu Garlic Complex. Senang dimakan dan dibawa kemana-mana kerana ianya dalam bentuk tablet.

30 Rangsangan Mudah Menjadikan Anak Anda Seorang yang Bijak

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayangan ,



Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak.

Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting.
Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) .

Keputihan boleh bawa maut?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kesayangan semua ,

Siapa pernah gatal-gatal di bahagian alat kelamin? Keluar cecair yang dipanggil keputihan. Memang rimas kan bila ada keputihan ini. Bukan setakat gatal tapi jika keputihan yang teruk boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Keputihan ini memang penyakit yang hanya berlaku pada wanita sahaja. Jika tidak diatasi ianya akan menjadi lebih teruk dan boleh membawa maut. Entry kali ini saya akan jelaskan tentang masalah keputihan ini. Mungkin agak menggelikan sedikit namun ianya sangat penting untuk diketahui umum.

Friday, October 10, 2014

Orang Kata Saya Tak Hamil Sebab Saya Tak Subur


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayangan semua,


Selalu tak dengar orang sekeliling cakap macamni:

'Ala.. Si Leha tu tak mengandung lagi sebab mandul la tu'

'Aku tengok Si Aman tu sihat je, Ni mesti Si Temah yang tak subur. Tu sebab tak mengandung sampai sekarang'

'Bila la dorang berdua ni nak dapat anak?'

'Kesian si Abu dapat bini dua-dua mandul'

Sentapnya kalau ada orang sekeliling yang tak menghormati perasaan sesama manusia ni. Bukan kehendak kita untuk tidak hamil. Semua itu ketetapan dari Allah tetapi kita masih boleh berusaha untuk hamil.

Barah Prostat. Lelaki jangan leka !

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayangan semua.

Kali ini tajuk agak terbuka sedikit tetapi tidak mengapa kerana semua ini ilmu yang harus diketahui tidak kira lelaki atau wanita. Sebelum ini kita banyak terdedah tentang isu-isu barah yang berkaitan dengan wanita tetapi adakah kita sedar bahawa barah tidak mengenal jantina dan usia.  Tahukah anda barah ketiga yang paling ditakuti oleh kaum lelaki adalah Barah Prostat.


Thursday, October 9, 2014

Sinus atau Resdung ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayangan,

Apa yang korang rasa apabila hidung berair, mata gatal, bersin yang teruk, muka gatal dan yang paling teruk hidung tersumbat dua-dua belah. Rasa macam nak tanggalkan hidung, cuci bila dah bersih pasang balik kat tempat asal. Ada rasa macam tu tak? Itulah yang saya rasa 3 hari ini. Ini semua disebabkan vitamin shaklee saya sudah habis stok dan belum beli yang baru. Seksanya bila selesema teruk dan hidung tersumbat.



Tuesday, October 7, 2014

19 TIPS Projek Memikat Suami


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Kesayangan ,

Hari ini saya nak memberikan sedikit Tips Projek Memikat Suami. Insya'Allah boleh membantu para isteri sekalian tidak kira yang bekerja atau fulltime housewife macam saya. Sebelum masuk ke alam perkahwinan lagi saya telah didedahkan dengan pelbagai-bagai tips dan cara bagaimana menguruskan rumahtangga. Sudah semestinya tips itu datang dari bonda saya sendiri . Ya, saya mengaku saya seorang yang jenis tak ambil kisah tentang hal-hal seperti ini tetapi bila dah berkahwin baru saya rasa betapa pentingnya tips yang diberikan itu.
Ada 19 Tips projek memikat suami yang bakal saya terangkan. Dan tulisan oren itu semestinya pengalaman saya yang ingin saya kongsikan bersama-sama anda


Monday, October 6, 2014

Tips Kesuburan Dan Set Subur Lelaki Macho

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayangan semua.

Setiap perkahwinan yang dibina akan bertambah seri dengan kehadiran cahaya mata. Namun ada juga sesetengan individu diuji oleh Allah dimana masih belum dikurniakan zuriat walaupun sudah berkahwin dalam tempoh yang agak lama. Pelbagai usaha telah dilakukan namun masih belum dikurniakan anak.  Tidak mudah untuk hamil dengan cepat dan kadang-kadang boleh menyebabkan tekanan perasaan apabila sanak saudara mula bertanya. Tekanan perasaan ini boleh mengurangkan peluang untuk hamil.

Disini saya ingin berkongsi 11 tip untuk meningkatkan kesuburan anda dan seterusnya hamil dengan lebih cepat. sumber : alamhamil.com


Kubis Punca Susu Kering

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera kesayangan ...

Adakah payudara mula mengeluarkan susu semasa hamil? Ya. Sebaik sahaja anda hamil, payudara anda akan bersiap-sedia ingin menyusukan bayi dan mula mengeluarkan susu apabila kandungan mula mencecah 5 bulan ke atas. Sama seperti saya, Ketika usia kandungan saya memasuki 6 bulan, air susu sudah mula keluar. Saya terfikir kenapa terlalu awal air susu keluar. Selepas bejumpa doktor barulah saya tahu yang keadaan itu adalah normal. Pada masa itu hanya Allah sahaja yang tahu perasaan saya. Gembira tak terkata kerana rezeki anak saya melimpah ruah walaupun dia belum lahir lagi.

 

Saturday, October 4, 2014

Ibu Moden Berpantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayanganku,

Selamat menjalani tempoh berpantang ibu-ibu sekalian. Alhamdulillah dan tahniah di atas kelahiran bayi comel anda. Walaupun tempoh berpantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran namun saya percaya ibu-ibu semua tabah dan sanggup menempuhi tempoh tersebut dengan sabar dan gembira.

Apa yang ibu-ibu faham tentang berpantang? Saya percaya ramai yang memberi jawapan bahawa amalan berpantang dilakukan bagi mengekalkan kembali bentuk badan asal , menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala. Namun adakah ibu-ibu semua sedar bahawa amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memelihara kesihatan dalaman dan luaran.

Wednesday, October 1, 2014

Rahsia Kekal Bertenaga Semasa Hamil

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kesayanganku,

Hai bakal ibu & ibu- ibu hamil sekalian, kalian semua dah amalkan shaklee ke belum ? kalau belum baik kalian semua amalkan sekarang kerana banyak khasiat dalam vitamin shaklee ini yang badan kita sendiri tak dapat nak hasilkan. Sebelum saya teruskan meh saya nak share sedikit pengalaman saya semasa mengandungkan Muhammad Qhalif Riezki. Alhamdulillah sepanjang mengandungkan Qhalif, saya tidak mengalami morning sickness hanya sekadar pening-pening biasa. Ya, saya amalkan 1 set hamil Shaklee setelah merujuk kepada pakar, Dato' Dr. Zarul. Beliau juga tidak memberi saya ubat kerana beliau mengatakan bahawa vitamin Shaklee bagus dan mengandungi nutrisi yang lengkap untuk ibu dan bayi.