Saturday, October 4, 2014

Ibu Moden Berpantang

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayanganku,

Selamat menjalani tempoh berpantang ibu-ibu sekalian. Alhamdulillah dan tahniah di atas kelahiran bayi comel anda. Walaupun tempoh berpantang selama 44 hari adalah suatu masa yang amat menguji kesabaran namun saya percaya ibu-ibu semua tabah dan sanggup menempuhi tempoh tersebut dengan sabar dan gembira.

Apa yang ibu-ibu faham tentang berpantang? Saya percaya ramai yang memberi jawapan bahawa amalan berpantang dilakukan bagi mengekalkan kembali bentuk badan asal , menjadi sihat dan cergas seperti sedia kala. Namun adakah ibu-ibu semua sedar bahawa amalan berpantang adalah satu proses menyeluruh bertujuan untuk memelihara kesihatan dalaman dan luaran.

Menurut Datin Sharifah Anisah Barakbah, pengasas Nona Roguy (sekarang NR) dan penulis buku Ensiklopedia Perbidanan Melayu, kepercayaan berpantang berpaksikan kepada penyembuhan rahim yang dikatakan merupakan pendorong hidup wanita yang menentukan kesihatan diri mereka secara keseluruhannya. Rahim yang sihat menghasilkan ibu yang kelihatan berseri dan menarik pada pandangan. Tidak hairanlah wanita Melayu masih berpegang kepada amalan berpantang.

Pakar-pakar antropologi menerangkan bahawa asas amalan pantang larang wanita Melayu berlandaskan empat eleman berkurun-kurun lama dahulu. Elemen-elemen ini haruslah dalam keadaan seimbang pada badan seseorang.  Elemen-elemen itu ialah : 



Beberapa kaedah berpantang seperti bertangas, berbengkung, berpilis, bertungku, mandi herba, mandi lulur, berurut, bersengkak rahim dan banyak lagi kaedah tradisional yang masih diamalkan sehingga kini. Akan tetapi berpantang secara tradisional masih tidak mencukupi untuk menampung nutrisi penting untuk dalaman ibu-ibu serta bayi. Ini kerana ibu-ibu semua akan berkongsi nutrisi dengan bayi. Ini bermakna ibu-ibu harus mempunyai dua kali ganda nutrisi berbanding wanita lain.

Di sini, saya ingin memperkenalkan Vitamin Shaklee yang sesuai dan selamat diamalkan oleh ibu-ibu  yang sedang dalam proses berpantang.






Vitamin-vitamin Shaklee yang disarankan :

1. Vitalea (Multivitamin dengan zat besi)
Pengambilan vitamin ini membantu mengembalikan kecergasan fizikal dan mental kepada ibu kerana vitamin ini bertindak untuk memberi tenaga kepada si ibu. Oleh kerana vitamin ini diformulasikan dengan zat besi, ini boleh mengelakkan risiko anemia dan tekanan darah rendah. Sekaligus mengelakkan si ibu berasa letih dan kelesuan yang berpanjangan.

2. Vitamin B-Complex
Pengambilan vitamin B-Complex boleh membantu meredakan stress dan tekanan yang dihadapi oleh ibu di sepanjang proses bepantang. Di samping membekalkan tenaga dan membantu keseimbangan hormon.

3. Vitamin C
Pengambilan vitamin C sangat penting untuk menyembuhkan luka jahitan bersalin tidak kiralah bersalin secara normal mahupun ceaserian. Vitamin ini membantu membaik pulih sel tisu yang telah rosak selepas bersalin. Bertindak merangsang pembentukan kolagen untuk mencantikkan kulit. Selain itu, pengambilan vitamin ini penting untuk meningkatkan tahap imunisasi, mengelakkan ibu daripada terkena jangkitan demam dan selesema.

4. Zinc
Pengambilan zinc sangat penting untuk membaik pulih luka jahitan dan luka dalaman serta membantu mempercepatkan penyembuhan luka tersebut. Di samping itu, zinc membantu proses pengecutan rahim ibu kembali normal serta mengatasi masalah rambut gugur selepas bersalin.

Kesemua suplemen di atas adalah dicadangkan kepada ibu-ibu semasa menjalani proses berpantang. Jika ada bajet yang lebih, ibu-ibu sangat digalakkan untuk mengambil ESP Soy Protein Isolate Powder, Alfalfa dan Ostematrix sebagai suplemen tambahan dengan tujuan-tujuan seperti di bawah:

ADD-ON:


1. Ostematrix
Pengambilan Ostematrix atau kalsium Shaklee boleh membantu masalah sembelit. Membantu mengatasi kekejangan otot dan kebas-kebas yang selalu dirasai oleh ibu yang berpantang. Selain itu, Ostematrix membekalkan si ibu keperluan kalsium yang cukup untuk diet harian untuk menghasilkan susu ibu dengan lebih cepat dan banyak. Berupaya menghilangkan sakit-sakit yang berkaitan sendi dan tulang.

2. ESP Soy Protein Isolate Powder
Pengambilan ESP sangat membantu dalam kelancaran penghasilan susu kerana ESP membekalkan sumber protein utama dan merupakan milkbooster terbaik dan pemberi tenaga kepada ibu berpantang.

3. Alfalfa
Merupakan raja segala tumbuhan. Ianya membantu meningkatkan imunisasi tubuh badan. Mengandungi kalsium untuk keperluan tulang dan gigi ibu-ibu. Bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mencepatkan penghasilan susu ibu.








Your Shaklee Independent Distributor 




ID             : 1058602 
Phone no  : 013-6017164
Email        : qasehkuqhalif@gmail.com







No comments: