Sunday, October 12, 2014

Tekanan Darah Tinggi Sebelum dan Ketika Hamil

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Kesayangan,

Hai semua. Entry kali ini saya ingin mengupas sedikit mengenai Tekanan Darah tinggi di kalangan ibu-ibu mengandung. Sesetengah daripada kalian mesti mendapat penyakit ini semasa hamil kan? dan ada sesetengahnya pula memang sediaada mempunyai masalah ini. Jom saya terangkan dengan lebih lanjut mengenai masalah tekanan darah tinggi ini. Semoga info ini dapat membantu anda memahami apa itu tekanan darah tinggi dan cara mengatasinya.








Tekanan Darah Tinggi

Hipertensi adalah satu masalah kesihatan yang kerap berlaku di kalangan wanita mengandung. Hipertensi semasa mengandung adalah terdiri dari beberapa kategori:
  •     Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung lagi);
  •     Hipertensi akibat mengandung; dan
  •     Pra-eklampsia

Hipertensi yang sedia ada terjadi di kalangan 1 hingga 5% wanita hamil, manakala hipertensi akibat mengandung terjadi di kalangan 5 hingga 10% wanita hamil. Peratusan ini mungkin lebih tinggi di kalangan penduduk Asia oleh kerana faktor genetik. Hipertensi semasa mengandung adalah lebih kerap berlaku semasa kandungan pertama (sehingga 25% wanita hamil).

Hipertensi semasa mengandung memerlukan pemerhatian dan rawatan yang rapi. Wanita hamil berisiko tinggi mengalami Pra-eklampsia atau Eklampsia (sawan) yang boleh menyebabkan kerosakan otak dan buah pinggang, masalah pendarahan dan kemudaratan kepada janin yang belum lahir.

Mengapa hipertensi semasa mengandung terjadi?

Sebab sebenar mengapa sesetengah wanita hamil mendapat hipertensi dan ada yang tidak, masih belum diketahui. Salah satu faktor risiko adalah faktor genetik.  

Teori pertama menyatakan bahawa terdapat masalah ketika perkembangan bahagian uri semasa awal mengandung.

Teori yang kedua pula menyatakan bahawa mungkin terdapat kejadian peradangan yang tidak terkawal, di mana tubuh badan bertindak balas terhadap uri itu sendiri. Laporan saintifik menyatakan bahawa lebih ramai wanita Asia yang menghidap hipertensi semasa mengandung.

Siapakah yang berisiko?

Golongan wanita mengandung yang berisiko mendapat hipertensi adalah seperti berikut:

Faktor-Faktor Am:

  • Wanita berumur 40 tahun dan ke atas.
  • Obes: BMI <30 kg/m2 adalah dikaitkan dengan peningkatan dua kali ganda risiko mendapat pra-eklampsia(sawan). BMI yang tinggi sebelum mengandung atau pada peringkat awal mengandung akan meningkatkan risiko kejadian hipertensi semasa mengandung.

Faktor Genetik:

Sejarah kejadian hipertensi semasa mengandung di kalangan ahli keluarga, sama ada sebelah ibu atau pun adik beradik meningkatkan risiko antara 20% hingga 40%.

Faktor-Faktor Obstetrik

  •     Primigravida : kandungan yang pertama (2-3 kali ganda lebih tinggi risiko)
  •     Kandungan kembar
  •     Sejarah pra-eklampsia pada kandungan yang sebelumnya
  •     Tempoh antara kandungan yang lama
  •     Penyakit Hydrops, dengan uri yang besar
  •     Kandungan molar (kehamilan anggur)

Nota: Walaupun wanita primigravida (kandungan pertama) berisiko tinggi mendapat pra-eklampsia, wanita yang multiparous (anak yang ramai) berisiko mendapat gejala yang lebih serius dengan pelbagai komplikasi.

 Faktor-Faktor Perubatan

  •     Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung)
  •     Penyakit buah pinggang
  •     Diabetes
  •     Kehadiran antibodi Anti-fosfohipid
  •     Penyakit Connective tissue
  •     Trombofilia keturunan (Inherited thrombophilia)


Hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung )

  • dikesan pada peringkat awal kehamilan (trimester pertama)
  • tidak mengalami sebarang gejala dan tidak mengetahui mereka mempunyai tekanan darah yang tinggi sehinggalah mengandung (dikesan semasa lawatan antenatal)
  • berisiko untuk turut mendapat pra-eklampsia, bayi yang kecil berbanding umur (small for gestational age) dan placental abruption (satu keadaan di mana uri terpisah dari rahim dan menyebabkan pendarahan)
Bagi golongan yang muda, andaian bahawa hipertensi yang dihidapi adalah jenis hipertensi primer (essential hypertension) tidak boleh dibuat, tanpa pemeriksaan lanjut untuk mengetahui sebab yang menyebabkan hipertensi sekunder seperti Sindrom Cushing's, Sindrom Conn's dan phaeochromocytoma. Golongan wanita ini memerlukan rawatan oleh kerana risiko kejadian pra-eklampsia dianggarkan dua kali ganda.

Hipertensi akibat mengandung (ketika hamil )

  • Didefinisikan sebagai hipertensi yang berlaku semasa separuh terakhir kehamilan tetapi tanpa tanda-tanda pra-eklampsia
  • Hipertensi akibat mengandung dan pra-eklampsia lazimnya dihidapi pada separuh terakhir kehamilan sehingga 6 minggu selepas bersalin.  
  • Mungkin berada pada paras tinggi sehingga 3 bulan selepas bersalin. 

Rawatan bagi hipertensi yang sedia ada (sebelum mengandung) dan hipertensi akibat mengandung adalah sama. Jika hipertensi berlaku selepas 20 minggu kehamilan, kemungkinan ia melarat menjadi pra-eklampsia adalah kira-kira 15%. Hipertensi akibat mengandung lazimnya berulang semasa kehamilan yang seterusnya. Sesetengah wanita pula kekal dengan tekanan darah yang tinggi selepas kehamilan yang bermasalah akibat hipertensi akibat mengandung.

Rawatan

Tekanan darah tinggi anda boleh di rawat secara :

- Rawatan tanpa ubatan
    
Anda perlu mengubah cara hidup seperti
  •             Kurangkan pengambilan garam
  •             Meningkatkan aktiviti-aktiviti fizikal
  •             Mengurangkan berat badan jika berlebihan melalui senaman dan pemakanan
  •             Berhenti merokok dan pengambilan alkohol
  •             Hindari stress
-Rawatan Ubatan
  • Mengamalkan supplement semulajadi tanpa bahan kimia yang membantu mengurangkan tekanan darah tinggi





Ingin Cuba Vitamin Shaklee? Jom Hubungi saya segera :






ID : 1058602
PHONE : 013-6017164
EMAIL : qasehkuqhalif@gmail.com





No comments: