Friday, October 10, 2014

Orang Kata Saya Tak Hamil Sebab Saya Tak Subur


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayangan semua,


Selalu tak dengar orang sekeliling cakap macamni:

'Ala.. Si Leha tu tak mengandung lagi sebab mandul la tu'

'Aku tengok Si Aman tu sihat je, Ni mesti Si Temah yang tak subur. Tu sebab tak mengandung sampai sekarang'

'Bila la dorang berdua ni nak dapat anak?'

'Kesian si Abu dapat bini dua-dua mandul'

Sentapnya kalau ada orang sekeliling yang tak menghormati perasaan sesama manusia ni. Bukan kehendak kita untuk tidak hamil. Semua itu ketetapan dari Allah tetapi kita masih boleh berusaha untuk hamil.


Untuk Entry kali ini , saya akan mengupas tetang waktu subur wanita di mana ianya terdapat dalam Tips Kesuburan seperti yang telah saya senaraikan dalam entry yang lepas. ---> Klik Sini 



Apa yang dimaksudkan dengan waktu subur wanita?

Waktu subur wanita adalah masa dimata terdapat sel telur yang matang yang bersedia untuk disenyawakan oleh sperma yang akan membolehkan seseorang wanita itu hamil. Masa subur ini sangat penting buat pasangan yang ingin merancang untuk mendapatkan zuriat. Kekurangan pengetahuan tentang waktu subur merupakan salah satu faktor berlakunya kesukaran untuk hamil


Ketahui Kitaran Haid Anda



Fasa pertama (Hari 1 - hari 4) 

Ini dipanggil fasa pengeluaran haid (menstruation) atau lebih senang nak faham, hari di mana haid keluar.  Hari pertama haid adalah penting untuk diketahui kerana ia adalah di mana fasa ini bermula. Pada hari pertama haid adalah penting untuk ditanda dikalendar dan tamat selepas beberapa hari. Bagi yang merancang untuk mengandung, digalakkan untuk menanda di kalendar pada setiap bulan. Ini memudahkan untuk korang mengetahui tarikh subur dan tarikh korang akan datang haid pada bulan hadapan. 

Fasa kedua (Hari 5-13)


Ini dipanggil Follicular. Pada fasa ini hormon estrogen meningkat. Ketika fasa ini, darah akan berkumpul di dinding rahim dan menebal untuk persediaan mengandung. Di kawasanovari pula, ovum atau telur yang berada di dalam bekasnya akan menjadi semakin matang. 

Fasa ketiga (Hari 14) 

Waktu inilah satu proses peneluran yang dipanggil ovulasi berlaku. Telur akan terkeluar dari sarangnya disebabkan peningkatan mendadak sejenis hormon yang dipanggil Luteinizing Hormon (LH). Telur ini jika tidak disenyawakan oleh Sperma akan mati dan hilang. Sekiranya ia disenyawakan, ia akan turun melalui saluran folofio ke rahim.

Fasa keempat (Hari 15-28) 

Ia dipanggil fasa luteal atau fasa secretory. Selepas telur terkeluar dari sarangnya, sejenis hormon di panggil progestrone dirembes daripada sarangnya (corpus luteum). Ini menyebabkan dinding rahim semakin menebal. Setelah Progestrone semakin berkurang kerana tiada persenyawaan berlaku, dinding rahim akan runtuh.


 

Sekiranya anda memahami kitaran haid ini, waktu sebenar yang sesuai untuk bersama dengan suami adalah pada hari ovulasi berlaku kerana pada waktu itu telur baru sahaja keluar daripada sarangnya.

Contoh pengiraan kitaran haid 28 hari . Jadi 28 - 14 = 14. Ini bermakna hari ke-14 merupakan hari subur anda


Jika pelbagai usaha telah dilakukan namun masih gagal, saya mencadangkan anda mencuba Set KESUBURAN SHAKLEE




B Complex

Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Gla Complex

Membantu seorang wanita menghasilkan lendir serviks yang berkualiti untuk kesuburan iaitu lendir yang bewarna putih telur. Sebulan sekali seorang wanita akan mengeluarkan cecair yang sebegitu, yakni sewaktu subur. Namun, tak semua orang mendapati cecair yang dihasilkannya sebegitu ‘subur’. Di sinilah fungsi GLA untuk membantu dalam penghasilan cecair yang melambangkan kesuburan ini, yang membantu sperma untuk berenang ke uterus, terus ke tiub falopio untuk bersenyawa dengan sel ovum. Bukan itu saja, cecair ini juga membantu sperma untuk terus hidup dalam tiub falopio sehingga 5 hari.

Add- on

Alfalfa

Membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.Bertindak sebagai kacip fatimah. Mengetatkan rahim dan memberi kepuasan ketika bersama suami.

ESP

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung. Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dl











Ingin Cuba Vitamin Shaklee? Jom Hubungi saya segera :






ID : 1058602
PHONE : 013-6017164
EMAIL : qasehkuqhalif@gmail.com





No comments: