Tuesday, October 7, 2014

19 TIPS Projek Memikat Suami


Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera Kesayangan ,

Hari ini saya nak memberikan sedikit Tips Projek Memikat Suami. Insya'Allah boleh membantu para isteri sekalian tidak kira yang bekerja atau fulltime housewife macam saya. Sebelum masuk ke alam perkahwinan lagi saya telah didedahkan dengan pelbagai-bagai tips dan cara bagaimana menguruskan rumahtangga. Sudah semestinya tips itu datang dari bonda saya sendiri . Ya, saya mengaku saya seorang yang jenis tak ambil kisah tentang hal-hal seperti ini tetapi bila dah berkahwin baru saya rasa betapa pentingnya tips yang diberikan itu.
Ada 19 Tips projek memikat suami yang bakal saya terangkan. Dan tulisan oren itu semestinya pengalaman saya yang ingin saya kongsikan bersama-sama anda



1. Akur pada suami
Sentiasa jujur, ikhlas dan taat pada suami.
Insya'Allah saya akan sentiasa jujur, ikhlas dan taat kepada suami saya.

2. Berkelakuan baik terhadap suami
Jangan menyakiti hati suami dengan tingkah laku, bahasa ataupun tindakan. Sebaliknya, menjadi isteri yang 'melegakan' setiap kali suami pulang ke rumah. Jangan sampai suami menderita makan hati dalam diam. Sifat yang harus dielak ialah berleter dan bermasam muka.
Saya mengaku kadang-kala memang saya emosi sikit. Mungkin disebabkan oleh hormon. Kadang-kadang memang sengaja emosi sebab nak cari perhatian. Mintak maaf En.Suami.

3. Jangan bebankan suami
Ada isteri terlalu 'demand', meminta itu dan ini sehingga suami pening kepala untuk memenuhi kehendak dan impian isteri. Jangan sampai suami terpaksa menerima rasuah atau salah guna kuasa semata-mata ingin memenuhi permintaan isteri.
Insya'Allah saya tidak sebegitu kecuali semasa hamil. Bukan minta bukan-bukan tetapi mintak makanan. Biasalah hormon ibu mengandung. Kadang-kadang awal bulan memang ada request nak beli baju baru tapi bila dah dapat gaji terus lupa sebab banyak lagi benda lain yang lebih penting dari beli baju. Berkorban demi suami. boleh?

4. Sentiasa bersolek untuk suami
Ramai isteri tidak suka bersolek di rumah malah ada yang kelihatan selekeh. Ada isteri yang merasakan mereka sudah tua dan tidak perlu bersolek hatta mengenakan sedikit gincu untuk kelihatan cantik di mata suami. Sedangkan menjadi fitrah lelaki sukakan kecantikan terutama melihat seorang wanita yang menawan. Walaupun suami tidak pernah bersungut tetapi hakikatnya mereka suka melihat jika isteri bersolek seadanya agar sentiasa kelihatan manis dan menarik. Sebolehnya, ubah imej mengikut citarasa suami.
Ini saya memang fail sebab saya memang tak suka bersolek. Kalau keluar rumah pun hanya dap-dap bedak kompak, lipstik dan eyeliner sahaja. Mama selalu tegur bab ni. 'along, cuba lawa-lawa sikit. Mama yang dah beranak 5 ni pun lawa lagi dari ko.' ok fine ma. fine. Esok along make up.

5. Jangan suka sanggah dan menolak permintaan suami
Jangan biar malaikat melaknat isteri yang menderhaka atau sering menyanggah cakap suami.
Alhamdulillah setakat ini suami saya boleh bertolak ansur. Kalau saya penat dia tak paksa masak. Cuma muka dia sahaja kelat macam air tawar. Terus saya berjanji akan masakkan makanan yang sedap-sedap esok harinya. Ambil hati balik. Nanti kene potong elaun bulanan.
6. Sentiasa mengingatkan dan berpesan pada suami
Ingatkan suami dan berpesan dalam apa jua perkara.
Memang selalu ingatkan sampai suami suruh stop bercakap. * ok taknak cakap dah. Nampak tak yang saya tengah merajuk?

7. Perlu ada rasa takut dan hormat pada suami
Ia dapat elak daripada buat perkara tidak baik.
Ya betul. Saya memang takot kalau suami saya cakap dalam nada tinggi sebab selama ini dia seorang yang soft spoken. Biasa yang piching tinggi ini adalah saya. Mungkin sebab keturunan saya memang cakap kuat. sekian.

8. Jangan membelakangkan suami
Mesti minta izin suami terlebih dahulu walaupun tahu suami tidak marah. Ia sebagai cara menghormati suami. Biarpun perkara kecil, setiap isteri perlu menjaga hati suami.
Saya memang selalu mintak izin dia kecuali kalau saya nak minum air gas. Saya akan minum dulu baru bagitahu dia sebab nanti kalau dah bagitahu konfem tak dapat. Mintak maaf En. Suami.

9. Jaga harta suami
Ia adalah amanah kepada setiap isteri dan jangan sesekali menyalah guna ataupun menggunakannya untuk kepentingan sendiri.
Insya'Allah saya akan jaga

10. Isteri kena minta maaf segera jika buat salah / menderhaka pada suami
Jadikan ia amalan biasa dan jangan sesekali lengahkan, buat tidak tahu ataupun tunggu Hari Raya untuk minta maaf. Sesungguhnya isteri sebegini sentiasa dilaknat para malaikat.
Kami suami isteri terapkan amalan meminta maaf sebelum tidur. Sekurang-kurangnya kalau terjadi apa-apa sewaktu tidur, dosa kita dengan suami dia dah ampunkan.

11. Solat bersama suami
Jangan hanya tunggu apabila ada masalah, sebaliknya jadikan ia amalan harian untuk merapatkan hubungan dan mengelakkan menderhaka kepada suami.
Hanya hujung minggu sahaja kerana hari bekerja suami balik malam

12. Jangan perkecilkan pemberian suami biarpun tidak seberapa
Sebaliknya kena berterima kasih dan hormati diri nya sebagai suami terutama bagi isteri yang berkedudukan dan berkerjaya tinggi.
Saya suka apabila suami saya bagi apa-apa sahaja pada saya. Walaupun suami hanya memberikan sepotong aiskrim paddle pop selepas saya terpandang dua orang budak makan aiskrim tepi jalan. Mungkin cara pandang saya itu bernafsu jadi suami kesian terus beli tanpa memberitahu saya. I love U En.Suami.


13. Perlu bermuka manis dan senyum pada suami
Isteri sedemikian akan dimuliakan di akhirat.
senyum dan terus senyum. Kalau tengah emosi memang tak senyum. korang tipu kalau korang boleh senyum dengan ikhlas


14. Pandang muka suami bila bercakap

Lihat dan tenung dengan penuh kasih sayang. Ia lebih dekat di hati. Bukan bercakap membelakangkan atau sambil buat kerja.
Ya saya suka pandang tapi kadang-kadang malu nak bertentang mata. tak tahu kenapa. Sebab saya pemalu ke? Itu tidak mungkin.

15. Jangan bawa virus barah (pergaduhan) dalam rumah tangga
Jangan biar suami berubah hati dan mencari wanita lain. Awas! punca suami kahwin lain ialah kerana ada benda yang tidak ada pada isteri.
No! En. Suami tolong jangan ada virus wanita lain. Itu bukan gaduh. Itu orang kata gaduh-gaduh manja.

16. Jangan terlalu kongkong suami
Beri kebebasan dengan batasan yang wajar. Jangan kerana terlalu prasangka sampai asyik telefon bertanya suami di mana, sentiasa bertekak, check telefon suami hingga suami tiada privasi.
Saya tak kongkong suami saya sebab saya pun tak suka dikongkong. Cuma cemburu je ada sikit tapi belum sampai mengongkong.

17. Urut badan suami selepas balik kerja
Walaupun penat tetapi satu-satunya cara memikat suami ialah dengan memberi sentuhan pada suami.
Tak reti sangat tapi saya akan cuba perbaiki dan belajar cara mengurut

18. Jaga makan minum suami
Guna ayat-ayat al-Quran dan bukannya bomoh untuk menambat hati suami. Ingatlah doa adalah lebih mujarab. Hulurkan segelas air setiap kali suami pulang dari kerja.
Alhamdulillah saya memang suka masak untuk suami saya. Mama ajar baca selawat ketika masak supaya masakan lebih diberkati dan dapat manfaat selawat itu walaupun saya masak tidaklah sesedap masakan chef di hotel . Bila suami makan bertambah dan puji masakan saya sedap, saya rasa dah kembang-kembang hidung. Terus naik 5 kg dalam masa sebulan. Terima kasih En. Suami

19. Beri makanan tambahan pada suami
Beri suami makanan tambahan supaya suami lebih bertenaga walaupun penat seharian bekerja.
Ya. Saya berikan suami saya Vitamin Shaklee untuk kekal bertenaga dan untuk kesihatan yang berpanjangan


Jom Saya Jelaskan Dengan Lebih Lanjut Tentang Projek ke-19 itu


Hidratkan Tubuh Dengan Performance Drink Shaklee

  • Ia telah terbukti secara klinikal dapat menyokong tahap hidrasi lebih cepat berbanding air. 
  • Performance Drink juga mempunyai lebih banyak elektrolit dan menyalurkan lebih banyak tenaga berbanding minuman hidrasi lain.
  • Terbukti secara klinikal : Ujian makmalterhadap atlet dengan pencapaian cemerlang menunjukkan yang Performance Drink Shaklee dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkat hidrasi, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina. 
  • Tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Vitalea with Iron Formula
  • Merupakan multivitamin penambah tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian. 
  • Sebagai pelengkap nutrisi. Kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet tidah seimbang punca keletihan yang anda hadapi. 
  • Mampu meningkatkan metabolisme dalam badan dan sangat membantu dalam stimulasi sel dan melambatkan proses penuaan. 
  • Merupakan elemen penting dalam tubuh untuk menyediakan asas nutrisi, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran dan banyak lagi. 
  • Vitalea jugak berfungsi untuk melindungi organ kita dari kerosakan dek arus masa.

Ostematrik
  • Menguatkan tulang - Kalsium menghalang osteoporosis, menguatkan kuku, kerangka,gigi, sistem saraf. Ia juga merawat tulang retak,osteomalacia (rickets dewasa), kuku rapuh, eczema,konvulsi/kekejangan,gusi berdarah dan merangsang darah untuk memekat.
  • Memperbaiki kekejangan dan kebas-kebas - Pengambilan 600mg kalsium sebelum tidur akan memperbaikikebas-kebas,kekejangan, sakit sendi dan artritis.Meringankan stress - Ianya mengimbangi tekanan darah,memelihara denyutan jantung,impuls saraf,penenang saraf,menggalakkan tidur selesa,memperbaiki jantung berdebar,gementar,mimpi buruk dan stress.Juga memperbaiki depresi,mood swing, sakit kepala dan pitam.











Ingin Cuba Vitamin Shaklee? Jom Hubungi saya segera :
Sebelum tu jemput click sini








ID : 1058602
PHONE : 013-6017164
EMAIL : qasehkuqhalif@gmail.com
              




No comments: