Saturday, October 11, 2014

Keputihan boleh bawa maut?

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kesayangan semua ,

Siapa pernah gatal-gatal di bahagian alat kelamin? Keluar cecair yang dipanggil keputihan. Memang rimas kan bila ada keputihan ini. Bukan setakat gatal tapi jika keputihan yang teruk boleh menyebabkan bau yang tidak menyenangkan. Keputihan ini memang penyakit yang hanya berlaku pada wanita sahaja. Jika tidak diatasi ianya akan menjadi lebih teruk dan boleh membawa maut. Entry kali ini saya akan jelaskan tentang masalah keputihan ini. Mungkin agak menggelikan sedikit namun ianya sangat penting untuk diketahui umum.

Apa yang dimaksudkan dengan keputihan?


Masalah keputihan atau lelehan lendir berwarna putih, krim atau kelabu yang keluar daripada faraj wanita merupakan suatu masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita di seluruh dunia. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin berhadapan dengan masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual. Ramai wanita tidak mempunyai kesedaran terhadap risiko dan bahaya penyakit keputihan malah menganggap ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitar haid. Setiap wanita perlu mempunyai pengetahuan asas yang mampu membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan yang serius yang memerlukan rawatan perubatan

Jenis-Jenis keputihan



Keputihan Fisiologis (normal dan tidak menunjukan gejala penyakit.)

Sumber : google

Keputihan Patologik (bersifat lebih kronik dan menunjukan tanda-tanda penyakit)


sumber : google
faraj yang kelihatan merah dan mempunyai radang

Faktor berlakunya Keputihan

Faktor Kebersihan

Kebersihan di bahagian sulit wanita (faraj) perlu dijaga dengan baik agar jangkitan tidak berlaku.

Wanita sentiasa digalakan untuk mencuci bahagian sulit dengan air bersih dan memastikan ia kering selepas membuang air kecil dan selepas aktiviti seksual. Kelembapan pada bahagian faraj akan menggalakkan pertumbuhan dan jangkitan mikroorganisma seperti kulat dan bakteria.

Faktor Hormon

Gangguan keseimbangan hormon dalam tubuh boleh juga boleh menyebabkan seseorang wanita menghadapi penyakit keputihan. Ketidakseimbangan hormon dalam darah disebabkan oleh beberapa perkara yang tersenarai di bawah:

  • Perembesan hormon estrogen iaitu hormon pembiakan pada wanita hamil membolehkan kulat lebih mudah melekat pada dinding faraj.
  • Pengambilan ubat, khasnya antibiotik yang berlebihan untuk jangka masa yang panjang menyebabkan bakteria semula jadi pada bahagian faraj mati dan ini secara tidak langsung menyumbang kepada pertumbuhan microorganisma patogen seperti bakteria atau kulat.
  • Wanita yang mengalami tekanan akibat daripada masalah peribadi atau gangguan emosi yang lain akan mempengaruhi aktiviti normal otak dalam mengkordinasikan penghasilan hormon yang seimbang.
  • Pengambilan pil perancang keluarga atau pil pencegah kehamilan turut menyumbang kepada ketidakseimbangan hormon dalam darah
Faktor Gaya Hidup

Gaya hidup seseorang wanita sangat mempengaruhi status kesihatan beliau. Wanita yang aktif dalam aktiviti seksual yang tidak sihat, misalnya melakukan aktiviti seks rambang dengan lebih daripada seorang pasangan lebih cenderung untuk mendapat pelbagai jangkitan pada bahagian faraj.

Faktor Kesihatan

Wanita yang menghadapi penyakit kencing manis, lebih mudah mendapat penyakit keputihan disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi dalam rembesan faraj yang membolehkan pertumbuhan kulat yang banyak dan berkembang biak di bahagian faraj. Selain itu wanita yang mempunyai system daya tahan badan yang rendah atau terjejas seperti pesakit AIDS,atau barah, atau leukimia juga berhadapan dengan risiko yang tinggi untuk mendapat jangkitan faraj


Apa akan jadi sekiranya Masalah Keputihan Ini tidak Dirawat?

Keputihan yang tidak dirawat akan mengundang kepada pelbagai komplikasi yang merbahaya. Sekiranya tidak diambil perhatian pada jangka masa yang lama lebih sukar untuk diberikan rawatan. Antara komplikasi yang akan berlaku adalah seperti
  • Menyebabkan kemandulan
  • Kehamilan luar rahim
  • Penyakit kanser rahim yang boleh membawa kepada maut
Keputihan yang kronik adalah berikutan dari jangkitan yang berlaku pada faraj menular ke bahagian rongga rahim (uterus) dan kemudian ke saluran pengeluaran telur (Fallopian tiub). Jangkitan kronik ini boleh menyebabkan kandungan terbentuk di luar rahim dan pendarahan yang boleh mengakibatkan kematian ibu dan bayi.

Wanita yang mempunyai sistem daya tahan badan yang rendah, penyakit keputihan yang dianggap biasa boleh menjadi serius dan mengancam nyawa. Jangkitan yang bermula pada bahagian faraj boleh menyebabkan infeksi sekunder di mana kuman tersebut boleh memasuki saluran darah akibat aktiviti menggaru yang menghasilkn pembentukan luka. Gejala ini dikenali sebagai kandidiasis invasif yang sangat merbahaya dan memerlukan rawatan rapi.

Cara Mengatasi Masalah Keputihan

1- Minum air masak sekurang-kurangnya 5 liter sehari
tips : minum 1 gelas air masak bersamaan 500ml sebelum solat dan selepas solat. Kita ada 5 kali waktu solat jadi jumlahnya adalah 5 liter. Mudahkan?

2- Sentiasa menukar seluar dalam. Seluar dalam haruslah sentiasa kering.

3- Sentiasa menukar tuala wanita ketika waktu datang bulan

4- Mencuci kemaluan selepas melakukan aktiviti kelamin atau selepas membuang air.

5- Mengamalkan gaya hidup sihat dan mengurangkan tekanan

6- Amalkan pemakanan makanan tambahan ( vitamin)

7- Berjumpa dengan pegawai perubatan sekiranya terdapat sebarang tanda-tanda yang dinyatakan di atas.

Vitamin Shaklee untuk merawat Masalah Keputihan



Alfalfa Complex

Alfalfa complex bersifat antikulat dan boleh meningkatkan sistem pertahanan badan. Ia juga bertindak seperti kacip fatimah, menganjalkan payudara yang kendur serta boleh menghangatkan hubungan suami isteri.

Gla Complex

Membantu masalah keputihan ini dengan membantu mengelakkan kulat daripada merebak dan juga membantu dalam masalah kesuburan wanita. Sila klik ---> SINI

Garlic Complex

Bersifat antibiotik semulajadi dan merupakan agen anti kulat juga. Membantu menaikkan sistem imun badan dan meningkatkan kesihatan selain membantu masalah keputihan wanita

B complex

B Complex shaklee mengandungi 8 komponen penting vitamin B termasuk asid folic. Kekurangan vitamin B boleh menyebabkan infeksi pada vagina.

Vitamin C

Bertindak sebagai barisan pertahanan sel tubuh untuk memerangi radikal bebas yang menyerang sel-sel badan.






Ingin Cuba Vitamin Shaklee? Jom Hubungi saya segera :






ID : 1058602
PHONE : 013-6017164
EMAIL : qasehkuqhalif@gmail.com





No comments: