Thursday, October 9, 2014

Sinus atau Resdung ?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Kesayangan,

Apa yang korang rasa apabila hidung berair, mata gatal, bersin yang teruk, muka gatal dan yang paling teruk hidung tersumbat dua-dua belah. Rasa macam nak tanggalkan hidung, cuci bila dah bersih pasang balik kat tempat asal. Ada rasa macam tu tak? Itulah yang saya rasa 3 hari ini. Ini semua disebabkan vitamin shaklee saya sudah habis stok dan belum beli yang baru. Seksanya bila selesema teruk dan hidung tersumbat.




Saya terus google, kenapa hidung tersumbat? bagaimana nak atasi hidung tersumbat? semua keyword saya tulis kat google. Nak pergi shaklee beli vitamin memang tak boleh la sebab time tu dah malam. Terpaksa la saya cari kaedah lain untuk merawat masalah besar saya ini. Sebelum tu jom kita tengok apa itu resdung dan sinus ini. Suami cakap saya resdung. Betul ke?


Sinus atau resdung? Jom kita kupas satu-satu. ( credit tu Dr. Ahmad Nordin)

Sinus mengikut definisi ialah satu rongga atau ruang seperti sinus vena atau sinus hidung. Sinus hidung (paranasal sinus) pula diterjemahkan kepada rongga udara yang diselaputi mukosa di dalam tulang tengkorak dan  mempunyai hubungan dengan rongga hidung, termasuk sinus ethmoid, frontal, maksilari dan sphenoid. Dengan ini, adalah tidak tepat sekiranya seseorang itu berkata “Saya menghidapi sinus” kerana mereka hanya merujuk kepada struktur normal anatomi yang ada pada setiap orang! Seperti dinyatakan- kebanyakan doktor akan menjawab di dalam hati “Ya, semua orang mempunyai sinus” kerana kesemua orang yang normal akan mempunyai sinus di hidung mereka.



‘Resdung’ pula adalah istilah Melayu yang biasa digunakan, dijelaskan oleh Kamus Dewan sebagai penyakit hidung yang disebabkan oleh radang pada selaput sinus. Ini tidak salah dari segi terjemahan, tetapi dari istilah perubatan, ianya kurang spesifik. Kebanyakan penyakit hidung akan dirangkumi oleh istilah tersebut.

Ada 2 penyakit yang biasa dikaitakn dengan dua istilah tersebut.
1.Allergic rhinitis’ (rhinitis alahan)

Dikenali dari gejala sumbat hidung, hingus yang jernih (‘rhinorrhea’), bersin dan gatal hidung dan kadangkala mata. Penyakit ini kadangkala dicetus oleh debu, makanan atau perubahan cuaca. Sejarah keluarga juga menunjukkan wujudnya penyakit yang sama atau penyakit asma atau ‘eczema’. Penyakit ini biasanya disahkan melalui pemeriksaan klinikal, tanpa perlu menjalani ujian darah, sinar X atau imbasan.

2. Sinusitis

Dalam penyakit ini, seseorang itu akan mengalami hingus yang kemungkinan bewarna kuning, hijau atau bercampur darah. Ciri utama ialah sakit kepala yang sangat teruk, di dahi atau muka terutamanya di tengah hidung atau pipi; sebelah atau kedua belah boleh berlaku. Sumbat hidung dan demam boleh berlaku. Penyakit ini boleh terjadi sekali, atau berulang kali dan berlanjutan beberapa minggu.

Doktor ENT akan melakukan pemeriksaan tertentu, termasuk endoskopi hidung yang mungkin menunjukkan limpahan nanah dari bukaan sinus. Doktor juga akan kadang kala memerlukan ujian imbasan CT sekiranya ada komplikasi, seperti penyakit sinusitis yang merebak ke bahagian mata atau otak, atau sekiranya ada perancangan untuk pembedahan. Rawatan biasanya berbentuk ubat penahan sakit, irigasi hidung dengan cecair khas dan pemberian antibiotik sekiranya terdapat jangkitan bakteria. Kes sinusitis kronik memerlukan ubat semburan hidung steroid bagi mengurangkan radang.

Jadi korang sinus atau resdung?

Seseorang itu menyatakan beliau ada sinus, sebenarnya beliau merujuk kepada allergic rhinitis atau sinusitis.

Begitu juga sekiranya seseorang itu menyatakan beliau ada resdung, sebenarnya beliau merujuk kepada allergic rhinitis atau sinusitis.

Kesimpulannya, tidak kira apa jenis istilah yang digunakan, kalian haruslah menjalani ujian fizikal untuk mendapat diagnosis dan rawatan yang betul.

Saya menghadapi masalah  ALLERGIC RHINITIS. Semua ciri-ciri tu saya ada, Sejak saya mengamalkan vitamin shaklee saya memang jarang selesema. Tapi 3 hari ini selesema saya semakin menjadi-jadi kerana saya makan budu secara berlebihan tanpa mengambil vitamin shaklee kerana kehabisan stok. Esok saya wajib beli stok vitamin shaklee untuk masalah saya ini. Sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah yang saya hadapi ini.

JOM KENALI SET RESDUNG SHAKLEE 
Set ini boleh digunakan untuk mengurangkan simptom-simptom allergic rhinitis dan sinusitis .

Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung     
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung .  
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

B Complex

  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat  dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

Vitamin C

  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.






Saya ada 1 petua yang saya gunakan ketika hidung saya tersumbat. Petua ini saya dapat setelah meng'google'.

1- Hiris 1 inci halia.

2- Letak hirisan halia tersebut didalam bekas yang berisi air panas.

3- Rendam tuala kecil atau sapu tangan dalam bekas tersebut selama 8 minit. Lenyek-lenyek halia tersebut. Pakai sudu pun boleh

4 - Tuam tuala kecil tersebut di bahagian hidung dan mulut. Tarik nafas dalam-dalam sehingga korang rasa air rendaman itu masuk ke dalam saluran hidung. Semasa proses ini korang akan rasa pedih sedikit tp bagus kerana ianya dapat mencairkan mukus-mukus yang terdapat dalam saluran hidung.

5- insya'Allah masalah hidung korang selesai dan boleh tidur dengan lena. Suka dengan petua ni sebab betul-betul berkesan

Selamat mencuba! 
sebelum tu jemput click sini



Ingin Cuba Vitamin Shaklee? Jom Hubungi saya segera :








ID : 1058602
PHONE : 013-6017164
EMAIL : qasehkuqhalif@gmail.com
              

No comments: